Sabtu, Mei 21, 2011

Ingin Mengulang Waktu


Andai waktu itu mampu aku takluk Akan aku abadi di sisimu Akan aku setia pada rinduku Akan ku seru namamu Menggetar cinta Membunuh kebencian. Andai waktu itu mampu aku takluk Ingin sekali aku dakap bayangmu Ingin sekali aku genggam tanganmu Biar kau tahu Tidak rela aku kehilangan Walau hanya sekujur bayangmu Andai waktu itu mampu aku takluk Ingin ku beritakan pada seluruh alam Kesaktian cinta Keagungan kasih Dan selautan rindu ini Hanya untukmu Andai waktu itu mampu aku takluk Akan aku sujud di kakimu Memohon jutaan ampun dan maaf Hanya kerana mencintaimu Hanya kerana merinduimu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Tuliskah wahai pena? Apa yang telah kau fahami... Jujurlah wahai pena? Karna kejujuranmu menjadikan aku mengerti salah dan khilafku